Monday, March 8, 2010

hari ini,hari yang boleh tahan best! :)

Harini call time pukul 4pm so pagi sampai petang aku melayan karenah Nur Natalia Zarra yang comel tu.lepas juga la stress dihati dan dikepala.. :)

Lepas tu dalam pukul 3pm aku dah keluar rumah nak pergi set di Kelana Jaya.lepas tu,hujan pulakk.tak boleh shoot.sampai kat port biasa kitorang,aku terus meluru masuk ke Baker's Cottage cari makanan.ada plak spaghetti,aku pun ngap.boleh tahan la tapi perut masih lapar.tapi takpe,aku tak mahu makan banyak2.aku makan dengan Man,Anep dan Mass Margareth.best!borak dengan dorg buat aku lupa aya yang sedang membelenggu hati dan minda ku.
Lepas tu kitorang tak tau nak buat apa.Man pun ajak berkaraoke 'jamban'.aku pun first time pergi,bantai gelak sebab aku tak pernah cuba karaoke jamban ni.harganya?satu lagu seringgit.hahaha syiok jugak.tengah2 karaoke hati aku terdetik rindukan dia.
Sebenarnya memang sejak aku celik mata pagi tadi aku dah rindu dia.tapi aku tak mahu fikir sangat.aku tak mahu semak dalam hidup dia.last2 perasaan itu tak mampu aku nak bendung,jadi aku pun BBM dia cakap aku rindu dia.haha!!and he replies :)

Dah habis karaoke,keluar dari tempat tu.tertanya-tanya jadi ke shoot harini sebab masih hujan.Ujang masih mengatur langkah seterusnya jadi kami pun menunggu.
Lepas tu aku teman lah seorang rakan ni makan kat mamat hujung bangunan tu.kitorang pun borak dan borak.

He gave me some advises dan aku tahu apa yang dia cakap tu betul.dan aku masih berfikir dan akan terus berfikir.he gave me a lot of advises yang boleh diterima akal ku.dan dia seorang saja yang paling tahu apa yang benar2 terjadi dalam hidupku sekarang ni.
He's been a very very good friend and I'm glad having him around.at least apa yang terbuku dihati ni dapat diluahkan kerana he seems like he understand what I feel.
Tatkala bercerita,airmata ku hampir hampir gugur.tetapi aku tahan.kat kedai mamak siot,takkan aku nak nangis kat situ.malu la! :p

And I feel a bit better when I spoke to him and share stuff with him.dan aku akan terus berfikir what is my next step.kerana aku perlu mengumpul segala kekuatan yang ada untuk tempuhi hari yang akan datang.

Lepas tu,harini tak jadi shoot sebab hari dah gelap.haha best betul.datang,makan,ber karaoke,berborak dan balik.hahaha tapi aku tak kisah.hujan,bukan kuasa kita untuk menghalang..

Apa pun,hari ini menjadi hari yang membuatkan aku tersenyum..eh,I need to have a rest sebab esok shoot pagi,8am call time saya..

Aku perlu lebih masa untuk berfikir yang mana terbaik utk aku dan semua orang.yang pasti,sukar untuk aku lepaskan genggaman yang sudah biasa ku genggam selama ini.kalau boleh aku tak mahu melepaskannya.


Tapi mampukah dia untuk terus menggenggam tanganku dalam apa jua keadaan?

1 comment: