Tuesday, March 16, 2010

dari seorang rakan..

aku belajar diam dari banyaknya bicara,
aku belajar sabar dari sebuah kemarahan,
aku belajar mengalah dari suatu keegoisan,
aku belajar menangis dari kebahagiaan dan
aku belajar tegar dari kehilangan.

Orang yg Paling Bahagia , tidak selalu memiliki sesuatu yg terbaik. tetapi hanya Berusaha Menjadikan setiap apapun yg Hadir dalam Hidupnya yg Terbaik.."

Saturday, March 13, 2010

love matters

When a Girl is quiet ... millions of things are running in her mind. When a Girl is not arguing ... she is thinking deeply. When a Girl looks at u with eyes full of questions ... she is wondering how long you will be around. When a Girl answers ' I'm fine ' after a few seconds ... she is not at all fine. When a Girl stares at you ... she is wondering why you are lying. When a Girl lays on your chest ... she is wishing for you to be hers forever. When a Girl wants to see you everyday... she wants to be pampered. When a Girl says ' I love you ' ... she means it. When a Girl says ' I miss you ' ... no one in this world can miss you more than that. Life only comes around once make sure u spend it with the right person....Find a Guy... who calls you beautiful instead of hot, who calls you back when you hang up on him, who will stay awake just to watch you sleep. Wait for the guy who ...kisses your forehead. Who wants to show you off to the world when you are in your sweats.  Who holds your hand in front of his friends. Who is constantly reminding you of how much he cares about you and how lucky he is to have you. Who turns to his friends and says, ' That's her!! '


God,a good friend of mine posts this to me.
And these words,each and everyone of them are so true.
And how fragile I am now,I dropped my tears.
Oh,how much I miss him now..

Tuesday, March 9, 2010

:DD

Harini sangatt best!lepas shoot keluar dengan Zahiril dan Tam gi The curve.berjalan dan makan.best gile!!makan kat Waroeng Penyet.Diana Amir pun join sekali.aku sampai situ dulu dgn Zahiril.
Best borak dengan dorg.perihal artis dan peminat.macam-macam juga ya.hahaha I enjoyed listening to their stories.Tam sangat best.aku panggil Tam sebagai Ambu which means 'babi' in Tamil..and he calls me Ambu too..hehe

Ntahlah,hari ini sangat seronok tapi hati ni masih teringat kat dia.tapinya aku dapat layanan yang agak 'cold' harini.aku pun tak pasti kenapa.aku nak jugak tunjuk yang aku mahu,tetapi dia seperti jual mahal sangat dengan aku.
Adakah dia mahu aku tunjuk lagi effort aku utk bersama dia?bukan aku tak mahu tunjuk,aku takut semua tu wasted.nanti aku juga yang sakit.hmm I am so torn right now! :(

Ya Allah,berikan aku petunjuk dan kekuatan untuk tempuhi dugaan ini.aku cuma ingin tahu apa yang terbuku dihatinya terhadap aku.aku perlu tahu supaya aku boleh mengorak langkah seterusnya....


Mata dah berat tapi masih tak mahu tidur.oh,Tam Ambu ada belikan aku susu.tapi sayang,aku tak minum susu pulak :( huhu..
-amanda misbun-

Monday, March 8, 2010

hari ini,hari yang boleh tahan best! :)

Harini call time pukul 4pm so pagi sampai petang aku melayan karenah Nur Natalia Zarra yang comel tu.lepas juga la stress dihati dan dikepala.. :)

Lepas tu dalam pukul 3pm aku dah keluar rumah nak pergi set di Kelana Jaya.lepas tu,hujan pulakk.tak boleh shoot.sampai kat port biasa kitorang,aku terus meluru masuk ke Baker's Cottage cari makanan.ada plak spaghetti,aku pun ngap.boleh tahan la tapi perut masih lapar.tapi takpe,aku tak mahu makan banyak2.aku makan dengan Man,Anep dan Mass Margareth.best!borak dengan dorg buat aku lupa aya yang sedang membelenggu hati dan minda ku.
Lepas tu kitorang tak tau nak buat apa.Man pun ajak berkaraoke 'jamban'.aku pun first time pergi,bantai gelak sebab aku tak pernah cuba karaoke jamban ni.harganya?satu lagu seringgit.hahaha syiok jugak.tengah2 karaoke hati aku terdetik rindukan dia.
Sebenarnya memang sejak aku celik mata pagi tadi aku dah rindu dia.tapi aku tak mahu fikir sangat.aku tak mahu semak dalam hidup dia.last2 perasaan itu tak mampu aku nak bendung,jadi aku pun BBM dia cakap aku rindu dia.haha!!and he replies :)

Dah habis karaoke,keluar dari tempat tu.tertanya-tanya jadi ke shoot harini sebab masih hujan.Ujang masih mengatur langkah seterusnya jadi kami pun menunggu.
Lepas tu aku teman lah seorang rakan ni makan kat mamat hujung bangunan tu.kitorang pun borak dan borak.

He gave me some advises dan aku tahu apa yang dia cakap tu betul.dan aku masih berfikir dan akan terus berfikir.he gave me a lot of advises yang boleh diterima akal ku.dan dia seorang saja yang paling tahu apa yang benar2 terjadi dalam hidupku sekarang ni.
He's been a very very good friend and I'm glad having him around.at least apa yang terbuku dihati ni dapat diluahkan kerana he seems like he understand what I feel.
Tatkala bercerita,airmata ku hampir hampir gugur.tetapi aku tahan.kat kedai mamak siot,takkan aku nak nangis kat situ.malu la! :p

And I feel a bit better when I spoke to him and share stuff with him.dan aku akan terus berfikir what is my next step.kerana aku perlu mengumpul segala kekuatan yang ada untuk tempuhi hari yang akan datang.

Lepas tu,harini tak jadi shoot sebab hari dah gelap.haha best betul.datang,makan,ber karaoke,berborak dan balik.hahaha tapi aku tak kisah.hujan,bukan kuasa kita untuk menghalang..

Apa pun,hari ini menjadi hari yang membuatkan aku tersenyum..eh,I need to have a rest sebab esok shoot pagi,8am call time saya..

Aku perlu lebih masa untuk berfikir yang mana terbaik utk aku dan semua orang.yang pasti,sukar untuk aku lepaskan genggaman yang sudah biasa ku genggam selama ini.kalau boleh aku tak mahu melepaskannya.


Tapi mampukah dia untuk terus menggenggam tanganku dalam apa jua keadaan?

Sunday, March 7, 2010

perasaan yang perasan

Usah ditanya apa perasaan aku ketika ini.sedih,gembira,sayang,marah,rindu yang membuak-buak..semuanya bercampur aduk.aku pun tak tau what is the exact word to describe what I feel right now.

Yang pasti,aku masih keliru.

Kenapanya kau ni tak habis-habis keliru,Amanda?aku keliru.yang ini kata itu,yang itu kata ini.I feel like I'm stuck in the middle.dan aku sangat tak suka perasaan ini.

Usah ditanya apa yang aku inginkan ketika ini.aku cima inginkan dia disampingku.sekarang.kerana bila dia berada disisi,akan bangkit satu perasaan yang aku tak dapat nak luahkan dengan kata-kata.dan aku ingin terus ada dalam perasaan itu selagi nyawa dikandung badan.
Aku tak peduli dia siapa,dia buat apa.yang aku tahu,aku ingin sentiasa berada disamping dia.susah,senang,berpanas,berhujan.tapi dugaan yang menduga telah pisahkan kami.
Oh Tuhan,aku tau kau cuma mahu menduga,tapi tolong jangan ambil dia dari aku.kerana dia aku ketawa,kerana dia aku tersenyum.kerana dia aku menangis.dan aku mahu terus bermain dengan perasaan ku kerana dia.


Ahh,mungkin kami perlukan masa.masa untuk pulihkan semua.

Yang pasti,kalau masih berpeluang untuk merasa pahit manis hidup bersama,aku akan berikan yang terbaik.lebih baik dari yang aku sangka baik sebelum ini.
Dan aku tak pasti sampai bila perasaan keliru ini akan terus mengelilingi aku.cukuplah,aku cuma inginkan cinta dan kasih sayang,bukan tangisan derita kerana cinta.

Cinta.
Apa-apa saja lah.aku sudah capek memikir.aku berdoa agar segala yang dirancang olehNya adalah yang terbaik.
Dan aku percaya apa yang sudah terjadi menjadikan aku seorang insan yang lebih berfikir sebelum bertindak.tak macam sebelum ni,main nak maraaaaah je.hehe


Banyak lagi aku nak bercerita.tapi nya idea datang sikit2.sebab tengah demam kot.batuk pun makin teruk.susah ni.nak tidur pun susah.

Hmmm...
-amanda misbun-

selagi belum tutup mata,kerja,kerja,kerja!

Haa,ni nak buka first topic.KERJA!sejak mengenali dunia lakonan,aku seperti jatuh cinta.jatuh cinta pada lakonan.dulu aku fikir ini cuma tempat untuk aku cari rezeki,nak bayar college guna duit sendiri.tapi lama-kelamaan,lakonan menjadi sebahagian dari hidupku.
Syukur alhamdulillah,tuhan membuka jalan bagiku dengan bakat yang ada,aku masih boleh survive sampai sekarang tanpa bantuan sesiapa.eh,berbakat ke?boleh laaaaa kot?haha


Sekarang ni tengah on air cerita Na-o-mei dan Jidin.so far feedback dari orang2 yang menonton lakonan aku,agak baik.Alhamdulillah..at least aku rasa aku ada tempat,walaupun kecil dalam industri ini.

Plan masa depan aku?mula-mula aku ingat nak sambung degree psikologi aku yg sudah belajar separuh jalan,tapi sekarang hati aku berkobar-kobar nak belajar lebih tentang seni yang aku ceburi.I wanna be a better actress!aku nak setiap watak yang aku lakonkan,menjadikan aku pelakon yang lebih baik.Insyaallah..
Aku nak menambah knowledge aku dalam bidang ini.aku sangat tabik dengan lakonan Zahiril,berborak dengan dia buat aku rasa kecil.passion dia terhadap dunia ini sangat tebal..dan dunia ini juga lah mampu mengubah hidup kita.physically,mentally and environmentally.

Aku berharap aku cukup kuat untuk lalui dugaan yang bakal hadir..

Dan aku dapat rasakan cinta aku semakin mendalam terhadap dunia yang aku baru kenali ini.dan aku akan belajar lebih tentang dunia yang aku cintai ini.
Dan aku harap rezeki ku terus ada disini.

Aku cuma takut.takut dengan kata2 yang bakal aku dengar,perbuatan yang bakal aku hadapi,pemikiran yang bakal aku tempuhi,persekitaran dan kehidupan yang bakal aku jalani.
Dan aku terus berdoa semoga aku cukup,cukup kuat kerana aku ingin terus mencari rezeki disini.


Dah takde idea nak mengarut apa.text BBM dah banyak dah masuk ni tak reply2 lagi.bbm DIA je aku reply



DIA yang aku cukup inginkan tetapi terpisah kerana keadaan yang memaksa.sayang bukan?
Dan aku masih berharap...



-Amanda Misbun-

oh,im a blogger!! :D

Sebelum ni tak pernah terlintas langsung nak menulis blog.sebab aku lebih cenderung kepada facebook.bak kata seorang rakan "you can't live without facebook,amanda!"
Yeah I guess that's true.

Tiba-tiba beberapa hari ni hati terdetik nak menulis blog.seperti exited sangat.maklum lah its been a very rough week for me so I think I need some place untuk luahkan perasaan dihati.some place yang aku rasa selamat untuk berbicara tentang apa saja.
Eh,selamat ke blog2 nih?haha aku bukan nak tulis apa,cuma nak meluahkan perasaan.nak luahkan pada orang,susah sbb nanti aku terpaksa mendengar bebelan dan khidmat kaunseling mereka.hish malaslah.tengah takde mood nih.hmm

So yes,selamat datang ke dunia blog,Amanda Misbun!now u're gonna live with facebook and your blog! :p
Aku harap ianya akan dapat menjadi tempat kamu bercerita ya Amanda.. :)


Hmm..aku rasa aku ada banyak benda nak ditulis.ahh,mungkin bukan sekarang.kepala pening bangat sih!nanti2 lah bila mood sampai.
Hehe..